Salam pembaca blog keretahitam. Hari ini kita berfikir sejenak mengenai tajuk di atas. Adakah kita ada perasaan sebegitu? Sedangkan anak haiwan kita lihat ibunya membelai,mengendong,diberikan susu walaupun tidak diberikan cerdik akal tapi mampu memberikan kasih sayang kepada anaknya inikan kita manusia diberikan akal yang waras boleh berfikir baik dan buruk tetapi yang buruk itu jugak yang kita lakukan. Itulah kehebatan syaitan yang direjam oleh Allah Subhanahuwatallah kepada umat manusia.
Post aku kali ini berkaitan dengan berita seorang bapa yang sanggup menolak anaknya dari tingkat 21 kondominium di Cheras, Hulu Langat.Boleh baca di portal tv3.com.my.
Takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa. Rasa geram dan marah pun ada, manakan tidak anak dari benih sendiri dilakukan seperti ini. Jika tertekan sekalipun, janganlah melibatkan ahli keluarga kita, mintalah nasihat dari saudara atau sahabat terdekat kita. Bisikan syaitan selalunya mengajar kita membuar perkara yang bodoh dan merugikan kita.
Diharapakan kita boleh ambil iktibar dari kejadian ini.
keretahitam – inilah cara manusia di dunia akhir zaman ini…Na’uuzubillah..







macam2 manusia kalau tak ikut landasan yg betul.. moga kita tak sebegitu kejam..

fiezaradzi mahu anda baca artikel iniYes, Portugal dan Jerman Kalah
fiezaradzi mahu anda baca artikel iniYes, Portugal dan Jerman Kalah
saya setuju sangat, kalau hilang pertimbangan pun jangan babitkan orang tersayang..Thanks!