Bio

Salam,

Sebagai pembuka bicara penulis mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada bloggers atau pembaca yang terjumpa blog ini yang belum masuk market lagi. Pada masa biografi pendek ini ditaip…admin blog ini baru sahaja menginstall blog ini menggunakan platform Wodpress dengan menggunakan script Softaculous…sebelum ini guna Fantastico tetapi ada masalah database error.

Macam biasa saya tahu blog yang masih bayi ini baru 14min lalu dilahirkan pada hari ini iaitu 4 April 2012 dan semestinya blog ini mesti disusukan,dimanja,dibelai supaya boleh menjadi blog yang terbaik nanti…maklumlah kat luar sana dah berapa puluh ribu yang telah dihasilkan oleh rakyat Malaysia…persaingan mesti ada dan kena ada persaingan yang sihat…

Pada asasnya saya adalah pengguna setia semua applikasi Google kerana banyak applikasi google memudahkan kerja saya di alam maya ini…seperti Gmail,Blogger dan banyak lagi seperti yang tuan-tuan hari-hari pakai semasa layari internet…

Serba sedikit bio mengenai saya…full time dalam bidang kejuruteraan civil untuk 10 tahun dan spesifik ke arah keselamatan dan kesihatan pekerjaan, “love my job” kekadang “hate my job…due to un-increment of salary” bercadang dalam tahun ini nak menjadi seorang USAHAWAN BERJAYA bersama isteri tercinta…harap-harap dimakbulkan tuhan..

Kenapa kereta hitam…? sebab kereta persendirian yang dibeli dan diberi oleh syarikat semua warna hitam dan warna kegemaran juga hitam sebab itu pilih domain keretahitam dot com..(penulis bukan kulit hitam ye….)

Terima kasih..dan salam mesra dari keretahitam dot com

wajah keretahitam.com