Jadual Perjalanan Lebuhraya Utara Selatan Untuk Hari Raya dan Hari Merdeka 2012

Salam Ramadhan. Pada warga perantau yang ingin pulang ke kampung pihak PLUS telah mengeluarkan jadual perjalanan bagi Lebuhraya Utara Selatan untuk Hari Raya dan Hari Merdeka 2012 di laman web rasmi PLUS.

Pada hemat penulis pada tahun yang lepas-lepas juga kesesakan di lebuhraya tetap timbul memandangkan para pemandu tidak merancang jadual perjalanan balik kampung mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh PLUS. Pihak PLUS telah mengkaji jadual tersebut atau “Travel Time Advisory” (TTA) terbukti berkesan mengurangkan kadar kesesakan kenderaan yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman. Maklumlah, sikap masyarakat kita ini memang semuanya takde perancangan kalau nak balik kampung main redah aje…janji sampai.

Jadual Perjalanan PLUS Hari Raya dan Hari Merdeka

Jadual Perjalanan PLUS Hari Raya dan Hari Merdeka

Menurut PLUS lagi, peningkatan sebanyak 30% bilangan kenderaan bersamaan dengan 1.4juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya PLUS pada Hari Raya nanti berbanding hari biasa iaitu 1.1juta kenderaan. Lihat kepada angka sahaja…barulah kita sedar betapa rakyat kita ini cukup serba serbi dari segi keperluan nak balik kampung mesti pakai kenderaan lagi best kenderaan baru barulah boleh tayang kat saudara mara kereta terbaru walaupun hanya bekerja kilang kereta Saga BLM senang aje bank offer loan.

Yang penting lepas raya, bayar bulan kena ikut time kalau tidak tukang tarik akan sampai rumah anda tolong tarik kereta.

Oleh itu, rancanglah perjalanan balik kampung anda agar sampai ke destinasi dan juga selamat pulang semula ke rumah anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Bicara, Malaysia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


+ 2 = 4

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge