Koleksi Cerita Lawak Pendek

Salam pembaca blog keretahitam. Hari ini kita kurangkan stress dengan koleksi cerita lawak pendek yang saya pinjam dari rakan blogger dan sumber lawak semasa. Harap boleh tersengih sikit lepas ini.

Lawak 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Lawak 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Amin terpandang Shan sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian darah.
Amin : Awak takut ke?
Shan : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Shan, Amin menangis.)
Shan : Eh, kenapa pula awak menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian air kencing..

Lawak 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Lawak 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Lawak 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…(flash=petir)

Koleksi cerita lawak pendek.keretahitam.com dan Lawak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Lawak and tagged , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Koleksi Cerita Lawak Pendek

  1. bRO…. CITER lawak nie buat saya relax skit walaupun banyak report kena siapkan….hahahaha
    hazman aka species19 mahu anda baca artikel iniWang Tunai SEPULUH RINGGIT untuk PENULIS JEMPUTANMy Profile
    hazman aka species19 mahu anda baca artikel iniWang Tunai SEPULUH RINGGIT untuk PENULIS JEMPUTANMy Profile

    • keretahitam says:

      Memang bro kadangkala fikiran kena release dengan baca komik lawak atau cerita lawak macam ni..takdelah tension sangat.Thanks!

  2. hehe..mmg mecuit hati.. :)
    Jebeng Otai™ mahu anda baca artikel iniWebp vs JPEGMy Profile
    Jebeng Otai™ mahu anda baca artikel iniWebp vs JPEGMy Profile

  3. cik tom says:

    hehe.. tersenyum dtg sini dgn cerita lawak ni..
    cik tom mahu anda baca artikel iniUlang Tahun Ke 2 Blog Cik TomMy Profile
    cik tom mahu anda baca artikel iniUlang Tahun Ke 2 Blog Cik TomMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− 4 = 3

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge